Monday, December 29, 2008

Liburan di Jogjakarta.










24 Disember 2008 lepas, aku dengan family pergi ke Jogjakarta. Dimana kota yg pernah digemparkan dgn gempa bumi Gunung Merapi pada Jun 2006.
Tujuannya hanya satu, untuk melihat sejarah negeri tersebut, iaitu candi-candi lama, seperti Candi Prabanam dan paling famous dalam buku sejarah korang iaitu candi Borobudur. :D

Bermula pukul 10 30 aku, ayah, dan mama bertolak dari melaka ke LCCT, manakala Kak Long, Kak Ngah dan Syafiq bertolak dari Puchong ke LCCT sendiri, dan menunggu kitaorang sampai.
Dalam 1 jam setengah sampailah kat LCCT dan check in barang. Flight kitaorang delay kejap hahaha.

Dalam flight aku bantai tidur dalam 30 minit, lepas tu bangun beli makanan [AirAsia lah!] pastu sambung tidur balik. Flight dari LCCT Kuala Lumpur ke Jogjakarta mengambil masa 2 jam 30 minit je. Xbanyak benda nak buat, so aku tdur sampai landing.

Kitaorang xplan pun ad tourist guide ke apa, sampai je kat airport, ambil semua barang, check suma cukup, then ad org approach nak bagi tour untuk 2 hari. Ayah terus setuju, dan ride kita untuk 2 hari pertama ialah Kijang, Inova. Supirnya (Driver) Mas Agus.

Seperti biasa kitaorang check in hotel, Hotel Melia Jogjakarta. Welcome drink Kak Long dan Ayah habis aku kerjakan. Ye la, sikit je dia bagi, dah la haus. Haha. Check in hotel selesai, masuk bilik kitaorang rehat dulu. Lepas tu Mas Agus kata nak bawa kitaorang jalan2 dan Ayah plan untuk ke Borobudur esok harinya.

Malam tu lepas rehat, kitaorang pergi ke Ramayana Ballet dan dinner kat sana. Ramayana Ballet merupakan epik atau legenda ataupun epik hindu, senang2 kau orang wikipedia je. Haha. Lepas tu Mas Agus bawa kitaorang pergi pusing2 ke Kraton, dan terbaik sekali Mas Agus bawa kitaorang kat tempat Batik. Penting sekali Mama borong habis batik2 kat situ, aku? Haha hanya kebosanan sahaja seperti biasa. Lepas tu baik hotel dan tidur. Kepenatan la juga.

Esoknya, selepas breakfast, 8 30 pagi (waktu indonesia) Mas Agus dah tunggu dah nak ke Borobudur. Planning awal, Ayah nak tgk sunrise kat Borobudur, disebabkan cuaca yang tak baik, pada pagi2 tu, planning terus tukar tgk Borobudur waktu petang. "Sunset in Borobudur". Menunggu petang, kitaorang pun pusing2 kat kota. Kalau kat Malaysia kita panggil beca, kat sana panggil "becak". Dalam perjalanan ke Borobudur, ada candi lagi sebelum Borobudur, malah lebih lama dari Borobudur, iaitu candi Prabanam.

Untuk membuang masa hingga kepetang, menunggu sunset di borobudur, so, kitaorang pergi lah ke candi Prabanam. Xboleh nak berkata2, sebab cantik sgt struktur binaan candi ni. Sebenarnya, waktu tu banyak candi2 dalam proses baik pulih, sebab tragedi gempa gunung Merapi effect candi Prabanam, so kitaorang xlah masuk dalam candi2 yg sedang baik pulih. Berkesempatan juga kitaorang naik salah satu candi, dimana candi tu di lukis jalan cerita hidup krishna. Kalau nak tahu cerita Krishna tu, apakata kau orang wikipedia je. Haha. Aku malas nak taip le. Kat Prabanam tu ada tiga candi dan di apit lagi dua candi, kalau x silap aku berapa tah candi yg xsiap lagi 222 agaknya. Ada unsur trinity juga kat candi ni kalau minat sejarah mesti tahu. Tapikan aku xsempatlah nak tulis panjang lebar.

more pictures at flickr.com/shujak