Tuesday, September 22, 2009

1st Raya, Expect the UNEXPECTED.

1st Raya, bangun pagi lagi nak siap2 mandi raya. Hari raya tahun ni xmacam dulu pun. Xrasa dia punya keseronokan macam dulu. Baju Melayu purple di sarungkan, bersama kain sampin. After solat raya, kitaorang bergambar depan rumah, dan gerak ke rumah mak tok & tok yah. Makan sikit, then berkumpul, baca doa sama2.

Dalam kesyahduan tok yah membaca doa dan berkumpul sama, di kacau oleh saudara, umur 10 tahun, dan dia seorang down syndrome tahap hyper. Di ludah, di tendang, di sepuk oleh Irham. Perkara yang biasa di pagi raya kerana dia seorang yang hyper. Perkara yang luar biasa, aku di cakar kat mata oleh Irham, pedih dan sakit hatinya tuhan saja yang tahu. Aku gigit dia, tanpa belas kasihan, dia membalas jelingan sahaja dan tidak menangis. Sakitnya hati. Tercalar imej aku. Haha.

Saat tiba masa bersalaman bersama kaum keluarga, duit raya di berikan, peluk berpelukan, linangan air mata oleh mak cik2 ku, dan juga kata2 semangat oleh mereka. Semuanya seperti biasa. Eki membuat pengumuman, bila tarikh perkahwinannya, dan mungkin dia tidak dapat beraya seperti tahun tahun yang lepas seperti ini. Luar biasa, Eki memberi duit raya ala kasino, "pilih salah satu sampul raya, di mana dalam sampul tu mengandungi jumlah wang dari 50 sen ke RM 50" Tekalah.. aku dapat nilai yang plaing rendah yakni 50 sen pada hari itu. damn! Izhar, mendapat RM 50. nampaknya bukanlah rezeki aku, rezeki lebih memihak kepada Izhar.

Setelah itu, kitaorang pulang ke rumah nenek duyong. Seperti biasa, semuanya bersalam, bermaaf maafan. Ketupat rendang, memang pilihan utama ku kerana, tiap tahun masakan nenek begitu sedap, sehinggakan aku bertambah dan meratah lauk pauk yang di hidangkan nenek. Tiada perkara yang luar biasa berlaku di rumah nenek. Hanya segelintir saudara, yang tidak mahu bertegur sapa. tidak mengapa.

Pulang ke rumah, dan bersiap sedia untuk pulang ke kampung ayah, Alor Gajah. Ke rumah Kak Wel, rumah Nek Bik (belah tok yah) di Keru, dan akhirnya ke rumah Tok Bik/Nek Bik (belah mak tok). Semuanya biasa sahaja. Luar biasa bila kau terlihat abang azfar, yang dulunya seorang yang agak berisi, kini hanya tinggal tulang sahaja. Apa rahsianya? "Sibuk dengan final projek/sem". aku hanya mengiakannya, dan aku tidak tahu apa rahsianya.

Satu hari, penat, mengantuk memandu sepanjang hari, semuanya hilang bila kepala di letakkan di atas bantal, bersama penghawa dingin yang menemani aku di malam hari. terlena sementara bagi menunggu hari esok, hari raya yang kedua.

dulu yang biasa, di kejutkan dengan hari yang luar biasa. :)

SALAM AIDILFITRI!

No comments: