Wednesday, September 2, 2009

You Are A Part of My Life..

Ayah;
Shujak xpernah rasa kali pertama Ayah pegang Shujak, cium Shujak, waktu Shujak lahir, dan Shujak xtahu betapa gembiranya Ayah waktu Shujak lahir, tapi jauh dari sudut hati Ayah, Shujak tahu Ayah sayang Shujak.
Pernah dulu, Ayah cakap, " Dah besar dah anak ayah.." Shujak tahu, Ayah xdapat lihat Shujak membesar, dari kecil hingga remaja. Tapi xapalah Ayah, Ayah beri kasih sayang yang secukupnya kat Shujak, dan Shujak menghargainya selalu. Ayah, you're a part of my life.

Mama;
Shujak xpernah rasa keperitan dan kesusahan mama, sewaktu mengandungkan dan melahirkan Shujak. Sejak Shujak bayi sampai sekarang, Mama yang jaga makan, minum, sekolah, dan didikan kat Shujak, tatkala Ayah jauh mencari rezeki. Mama, Shujak bukan anak yang baik dan mencuba untuk jadi yang terbaik.
Mama banyak berkorban untuk kitaorang, Kak Long, Kak Ngah, Shujak, dan Apit. Xda apa yang dapat balas jasa Mama, inysaallah Shujak akan berikan yang terbaik. Mama, you're a part my life.

Nenek Baru;
Al- Fatihah buat nenek baru..
Nenek, teringat kembali waktu nenek jaga Shujak, Kak Long, Kak Ngah, Apit, Abang Eki, Abang Airol, Abang Iwan dgn Ain. Nenek dah xde, Shujak doakan nenek dengan orang2 yang beriman kat sana, insyaallah. Tatkala Mama sibuk mencari sesuap rezeki, nenek lah yang menjaga kitaorang sampai besar. Shujak rndu nenek masak kuah pindang, kobis masak lemak nenek. Dan Shujak paling rndu nenek suap kan Shujak dulu. Shujak manja dengan nenek. Kalau hari minggu pun nenek datang, bawa nasi lemak bungkus, untuk Shujak nenek belikan dua, sebab nenek tahu Shujak kuat makan.
Nenek banyak kenangan manis dengan nenek, macam mana Shujak boleh nak lupakan nenek? Waktu nenek pergi dulu, Shujak datang menziarah nenek, nenek kurus je. Sorang pun xtahu nenek dah pergi buat selamanya, sehinggakan orang yang pertama tahu ialah Kak Long, nenek simpan nombor Kak Long bawah bantal nenek. Nek, Shujak nangis, meraung, bila nenek terpejam mata, kaku kat situ, xlagi peluk Shujak, cium Shujak waktu Shujak ziarah nenek waktu itu. Tapi waktu tu, Shujak yang kucup dahi nenek, peluk nenek, doakan nenek agar tenang di sana. Nek, you're a part of my life.

Kak Long;
Kita selalu bergaduh, Kak Long suka mengarah. Shujak pernah patahkan jari Kak Long secara xsengaja. Shujak rasa kejam sangat, dan sangat bersalah. Tapi, bila Shujak perlukan Kak Long, Kak Long mesti ada walaupun Shujak kena bebel dulu dengan Kak Long.
First time, Shujak eksiden, Kak Long ada kat sana, tolong Shujak. Bila Shujak nak guna duit, Kak Long juga yang ada sama. Kak Long, air yang di cincang xakan putus, Shujak sayang Kak Long lebih daripada apa pun. Kak Long, you're a part of my life.

Kak Ngah;
Shujak terbaca banyak poskad dari ayah, waktu ayah selalu travel. Kita kecik lagi kan masa tu? Ayah selalu pesan kat Kak Ngah " Adik jangan selalu gaduh dengan Shujak" Shujak xfaham, tapi betul ke kita selalu gaduh. Kak Ngahlah yang senang nak bercakap bagitahu masalah, Kak Ngah suka bergurau dan selalu buat semua orang tersenyum dan ketawa. Pendek kata, Kak Ngah ni pembodek besar.
:D
Kak Ngah xselalu nak balik rumah, Shujak selalu rindu dengan Kak Ngah, boleh keluar sama2, lepak sama2, hisap rokok sama2. haha. Kak Ngah, you're a part of my life.

Syafiq/Apit/Apple;
Seorang je adik, menyakitkan hati, tapi Shujak rasa dalam hati dia, sayang sangat kat Shujak. Segala masalah dia mesti nak cerita kat Shujak. Terutama sekali hal dia dengan kawan kat kolej. Apit selalu gaduh dengan Shujak, tak kira apa, kat mana, bila pun, pasti akan gaduh. Tapi akhirnya, baik semula. Apit, "Air di cincang xakan putus" kan?
Sekarang apit belajar kat KL, jauh, kalau dulu hari2 mesti gaduh, sekarang kurang, Shujak rndu sangat gaduh dgn apit waktu dulu2, Ayah selalu bangun terjaga tengah2 malam dengan tali pinggang Ayah kat tangan. Tapi apit yang suka start nangis2, kononnya minta belas kasihan ayah. Dulu selalu nangis sampai tertido kan apit?
Apit, you're a part of my life.

Syaz/Honey B/ Sweety Pie/Sayang;
Shujak xpernah begitu happy dalam hidup Shujak. Walaupun sebulan kita bersama, macam dah bertahun lamanya. 29 Julai 2009, sama tarikh dengan ulang tahun ayah dan mama. Shujak xplan pun, semuanya kebetulan. Biarlah afiq kata kita gam gajah, Shujak xkisah pun apa kata mereka. Shujak nak kita berdua je selalu, dan selamanya. Banyak lagi yang kita kena lalui kan sayang? Biar lah kita tempuhi dengan tenang dan tabah. Sayang, you're a part of my life. :)

No comments: