Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


Saban tahun, ada sahaja cerita tentang hari raya. Takbir raya mengingatkan kita, hari kemenangan kita sebagai umat islam yang menempuh bulan Ramadhan dgn penuh dugaan. Alhamdulillah. tiap tahun pasti ada kekurangan ahli keluarga, sama ada yang telah meninggal dunia ataupun yang meninggalkan kita. (Al fatihah buat mereka yang tiada)

Tahun ni, Mak Su, Pak Su, Naiim, Najjm, dan Diina xbalik raya bersama kitaorang kat Malaysia. Irfan, sambung belajar kat India, insyaallah next year Februari dia balik. Rasa serba xkena tahun ni tanpa diorang.

Nun di sana, dengan harapan bergembira dengan keluarga dan kawan2. Xdapat nak bersama pada satu syawal ni. Saling tukar menukar mesej, bertanya kan khabar dan rindu masing2 yang jauh di pisah lautan biru. Berkongsi kesedihan tentang raya masing2 ketika waktu dulu. Rindu akan yang tiada, apakan daya, Tuhan lebih sayangkan mereka. Panjatkan doa untuk kesejahteraan hidup mereka di sana. Amin Ya Rabbal Al Amin.

Sibuk, marahnya ayah, kerja rumah, cat mengecat, sungguh memenatkan, sehingga hari ini barulah ayah memberi upah untuk membeli baju raya yang xseberapa. akhirnya, pilih apa saja yang ada di depan mata. Kerinduan akan lemang, ketupat pulut nenek sentiasa bermain di fikiran. Rendang, sambal sotong sememangnya di nantikan. Bisingnya mercun, datangnya dar pakcik2, saudara saudara semua mengubat kerinduan hari raya. melihat mereka yang ketawa, gelak2 gembira, aku juga turut bersama.

hari raya ini, lain dari yang lain, tiada yang luar biasa. kosong ditelan usia. esok lusa, hilang mana semua kerinduan, kegembiraan hari ini. mungkinkah kembali?

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF
ZAHIR & BATIN

No comments: